Isnin, 10 April 2017

Resepi Kurma Merah, Barli & Longan Kering Rebus - milk booster

Assalamualaikum dan Salam Ceria Semua...





Saya nak share resepi makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu iaitu Air rebusan Kurma merah dan Longan Kering.


Bagi ibu yang mula risau dengan susu badan yang makin merudum tu, bolehla cuba juga resepi air rebusan ni. InsyaAllah..kalau diminum selama beberapa kali dan hari..kuantiti susu akan meningkat.Jadi, mula-mula dapatkan bahan utamanya dahulu iaitu buah kurma merah dan buah longan kering. Kurma merah senang nak cari, kat tesco biasa da paket2 kan sama juga dengan longan kering ni.kalau tak jumpa juga boleh cari di kedai seng-seng cina,biasa dorang ada jual ataupun kat jusco.kalau barli tu..sume mesti tau beli kat mana kan..hehe

Orait, cara-caranya ialah:

  • Basuh bersih-bersih buah kurma dan longan kering tadi. Kurma merah tu, sebaiknya dibelah dua dan dibuang biji dulu kalau ada. Kalau taknak pun takpe.
  • Toskan selepas basuh dengan bersih.
  • Rebus kesemua buah ini dan barli dalam periuk ikut tenggelam buah atau sukatan air, terpulang kepada masing-masing nak banyak mana.
  • Kalau mahu buat pekat, boleh diletak sedikit gula merah, kerana kemudian boleh diminum dengan menambah air masak sahaja.
  • Rebus buah-buah ini selama 15-30 minit. Agak-agak nampak air macam dah makin keruh macam air teh tu dan nampak sumenye telah lembut..bolehla tutup api dapur.


  • Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan letak di dalam peti sejuk. 
  • Apabila mahu minum, tambah sedikit air masak. Kalau lbih suka minum suam-suam, boleh ditambah air suam.

  • Selamat mencuba dan melihat hasilnya!!..

laksa johor




Masa:
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 70 minit
Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ikan parang atau sardin (boleh campur), rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
  • santan, dari 1 biji kelapa
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • minyak masak
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
  • 2-3 kepingan asam keping
  • gula melaka
  • garam
Bahan-bahan untuk stock udang:
  • kulit dan kepala udang, dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
Bahan-bahan untuk kisar halus (A):
  • 1.5 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
  • 8-10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 batang serai, hiris nipis
  • 1 sudu besar belacan bakar
  • 1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut
Bahan-bahan untuk kisar halus (B):
  • isi udang, anggaran semangkuk kecil
  • 100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut
  • isi ikan rebus (dari bahan atas)
Bahan-bahan untuk spaghetti:
  • 1 paket spaghetti
  • 1 sudu besar garam
  • air secukupnya
  • sedikit minyak
Bahan-bahan untuk hiasan/ulaman:
  • timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
  • taugeh, buang ekor
  • daun kesum, hiris nipis
  • kacang panjang, hiris dadu
  • bawang besar, hiris nipis
  • limau kasturi
  • lobak masin,celur dan rincik halus
  • bunga kantan, hiris nipis
  • daun selasih, hiris nipis
Bahan-bahan untuk sambal belacan:
  • 6-8 biji cili merah
  • 10-15 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • belacan bakar, sebesar ibu jari
  • air perahan jus limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk stok udang:
  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Kemudian tapis airnya.
Cara-cara untuk spaghetti:
  1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
  2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
Cara-cara untuk kuah laksa:
  1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.
  2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
  5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
  6. Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan
Cara-cara untuk sambal belacan:
  1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
  2. Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

Tips

  • Penggunaan jenis ikan amat mempengaruhi rasa laksa Johor. Kebiasaannya ikan parang menjadi pilihan kerana isinya yang manis dan sedap, tetapi boleh juga dicampur bersama ikan lain seperti sardin, kembung atau selar.
  • Kuah pula harus direneh perlahan-lahan setelah dimasukkan santan supaya kuah laksa akan pekat cantik tidak tidak terlalu pecah minyak dari lemak santan.

Ahad, 9 April 2017

cara mudah buat muffin pisang

MUFFIN PISANG




Bahan-bahan yang diperlukan: 

pisang jenis Rastali, lebih kurang 8-10 biji.
 2 cawan tepung (ayak) 
 3 biji telur,
 1 cawan gula perang
 1 cawan minyak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate,
1 penutup esen vanilla,
 secubit garam

cara membuat:


Yg penting ada blender. Buang kulit pisang terlebih dahulu. Kalo rajin, lenyek pun bleh. Sy guna sesikat pisang jenis Rastali, lebih kurang 8-10 biji. Mcm mak2 kita buat cekodok.




 Masukkan 2 cawan tepung (ayak) , 3 biji telur, 1 cawan gula perang, 1 cawan minyak,1 sudu kecil baking powder, 1 sudu kecil soda bicarbonate, 1 penutup esen vanilla, secubit garam. Kemudian blend kesemua bahan tersebut.Nk kacau pakai senduk pun bleh. Matlamatnya adalah bancuhan mesti sebati.




 Lps blend, masukkn bancuhan ke dlm paper cup. Tuang separuh je. Bleh letak coklat cip sebagai hiasan.




Bakar pd suhu 170 darjah Celsius selama 25-30 minit.





 Dn inilah hasil nye.......

SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 7 April 2017

KUIH MASALODEH

 https://i1.wp.com/resepibonda.com/wp-content/uploads/2015/05/kuih-masalodeh.jpg?fit=525%2C350

Resepi Kuih Masalodeh


Bahan-Bahan:
300gm kacang dal – rendam semalaman dengan air yang banyak
½ labu bawang besar – dihiris
1 sudu jintan putih – dikisar kasar
1 tangkai daun kari
1 tangkai cili cili kering – dihiris nipis
½ sudu teh garam
Minyak


Cara Membuat:
1. Toskan kacang dal yang telah direndam semalaman dan biarkan kering sebentar.
2. Kisarkan kacang dal sehingga hancur tetapi asingkan 3/4 tanpa dikisar atau dikisar kasar.
3. Campurkan kesemua bahan ke dalam 1 bekas. Gaulkan hingga sebati. Anda akan mendapat adunan yang lembik tapi boleh dibentuk.
4. Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk.Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.
5. Ambil sedikit adunan dan bulatkandan leperkan di atas plastik.
6. Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.

KUIH SAGU HIJAU

 Resepi Kuih Sagu Hijau


Resepi Kuih Sagu Hijau

Bahan-Bahan:
400 ml air
200 gm gula putih
sehelai daun pandan
300 gm sagu halus
kelapa putih
garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Sagu direndam terlebih dahulu supaya kembang.
2. Masak hingga mendidih gula bersama air dan daun pandan.
3. Masukkan sagu sambil dikacau perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang disukai.
4. Apabila sagu dah masak, barulah dituangkan ke dalam loyang.
5. Kukus selama 30 minit. Angkat dan sejukkan.
6. Potong dan salutkan dengan kelapa parut muda serta digaul dengan sedikit garam.

CUCUR BADAK

 

Cara Buat Cucur Badak

Bahan-Bahan:
Bahan Inti
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering (rendam dan kisar)
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Bahan Doh
250 gram keledek (rebus dan lenyek)
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara Memasak:
Inti 

1. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2. Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Kuih/Cucur
1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

APAM SAMBAL

 kuih-bom

Bahan Inti

Sambal ikan bilis

Resepi Sambal Ikan Bilis
Bahan-Bahan:

400gm ikan bilis sederhana besar
15 tangkai cili kering | dikisar halus
5 biji bawang merah | dikisar halus
20gm belacan | dikisar halus
2 biji bawang besar | dipotong bulat
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak | untuk menumis
100ml air
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Untuk sambalnya pula, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan biarkan hingga naik baunya timun

Bahan untuk membuat doh 
Resepi Kuih Bom

Bahan-Bahan: ( 8 biji )

200g tepung gandum
140ml susu/ air
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:
1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan doh.
2. Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang dua kali ganda.
3. Kemudian, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
4. Biarkan naik dua kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
5. Belah dua roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis.