Jumaat, 7 April 2017

KUIH KETAYAP












Resepi Kuih Ketayap

Bahan-Bahan:

Untuk Inti
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Untuk Kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Cara Membuat:

Inti
1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
 2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit.
3. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Kulit Ketayap
1. Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna santan segera, cuma blend dengan daun pandan dan tapis.
2. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Kalau nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, kalau nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
4. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
5. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. Cara gulung, lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.

CAKOI LEMBUT


cakoi


Bahan-Bahan:

1kg tepung gandun
1 pkt instant yeast (mauripan)
½ cawan minyak mazola}
1½ cawan gula pasir*
3½ cawan air*
sedikit garam* (* satukan)
1 sudu teh bikarbonat soda
1 sudu teh air kapur
2 biji telur

Cara Membuat

1. Satukan tepung gandum dan yis. Pecahkan telur kedalam adunan tepung tadi, gaulkan.
2. Masukkan bahan bertanda (*) yang telah dilarutkan bersama air.
3. Uli adunan hingga licin dan tidak melekat di tangan.
4. Tutup adunan dengan tuala lembab, biar 2 jam atau hingga keesokan pagi.
5. Uli semula adunan tersebut hingga licin dan lembut.
6. Ambil sedikit adunan dan canaikan. Potong bentuk memanjang 7 X 2 cm.
7. Guna lidi atau buluh bunga telur, celupkan dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
8. Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan, tekan sedikit dibahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
9. Ulangi proses dan goreng dalam minyak penuh dan api sederhana. Goreng sehingga garing.

Rabu, 5 April 2017

KARI AYAM UMMI



Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 3

Bahan-Bahan:

  • 500 gram ayam dipotong
  • 1 senduk besar minyak masak
Bahan untuk ditumbuk halus:
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
Bahan untuk ditumis:
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1/2 biji bawang dihiris nipis
Bahan-bahan lain berkaitan:
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes
  • 2 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 asam keping

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau seketika sehingga kekuningan
  3. Masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan.
  4. Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
  6. Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
  7. Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
  8. Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi.
  9. Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya,
  10. Langkah terkahir, masukan tomato. Selamat mencuba

Tips

  • Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak dan tidak sedap

PULUT KUNING KUKUS



Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 45 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

  • 500g beras pulut
  • 1 sudu kecil kunyit
  • air secukupnya, untuk rendam pulut
  • 2 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa
  • 3-4 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Rendam pulut yang digaul bersama kunyit sehingga lembut atau semalaman. Minimum 6 jam.
  2. Toskan pulut (buang airnya). Susun daun pandan di atas dulang pengukus dan letak beras pulut di atasnya.
  3. Panaskan pengukus, dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
  4. Kacau santan bersama garam secukup rasa. Tuang santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap. Gemburkan pulut dengan garfu dan sedia untuk dihidang.

DONUT GEBU SEDAP

 Donut gebu sedap..



Bahan-Bahan:
2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula.
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin
Cara Membuat:
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
5. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
6. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

7. Hidangkan dan sedap dimakan bersama seisi keluarga.